Auto Added by WPeMatico

KUALA LUMPUR – Kerajaan menolak dakwaan Amerika Syarikat (AS) bahawa Malaysia telah mengenakan tarif 47 peratus ke atas import AS ke Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu tidak benar, malah turut disanggah kebanyakan negara lain.
Katanya, jumlah import AS dari Malaysia 2024 mesti diukur secara menyeluruh dan tidak digunakan sebagai asas untuk mengenakan tarif timbal balas 24 peratus.
“Kita anggap penggiraan ini tidak mencerminkan tahap tarif sebenar dan tidak berlandaskan teori ekonomi yang kukuh,” katanya pada sesi mesyuarat khas penerangan berkenaan isu tarif AS di Dewan Rakyat hari ini.
Terdahulu, Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, pelaburan keseluruhan AS di Malaysia bernilai RM166 bilion yang mewujudkan 200,000 peluang pekerjaan.
Bagaimanapun, kata beliau, pelaburan Malaysia di AS juga tidak kecil kerana pelaburan Malaysia yang diluluskan di AS dianggarkan lebih RM35 bilion.
Jelas beliau, ia merangkumi sektor tenaga, bahan kimia, makanan, logistik dan teknologi tinggi.
Tambah beliau, pelaburan berkaitan kerajaan Malaysia dalam bon dan pasaran modal AS pula mencecah RM182.7 billion. – KOSMO! ONLINE
The post Dakwaan AS berkenaan tarif dikenakan Malaysia tidak benar – Anwar appeared first on Kosmo Digital.