Auto Added by WPeMatico

![]()
TEMERLOH – Seorang lelaki cedera selepas kereta dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh sebuah gerai menjual buah-buahan di Kilometer 1, Jalan Temerloh-Mentakab, di sini petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.05 petang itu, mangsa, Mohd. Zaihajarindera, 46, mengalami kecederaan di bahagian muka dan kini menerima rawatan di Zon Kuning, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron, berkata, siasatan awal mendapati mangsa memandu sebuah Proton Wira Aeroback dari arah Temerloh menghala ke Mentakab sebelum kenderaan itu tiba-tiba hilang kawalan sebaik tiba di lokasi kejadian.
“Kereta dipandu mangsa kemudian terbabas ke bahu kiri jalan sebelum merempuh sebuah gerai menjual buah-buahan.
“Akibat pelanggaran itu, kenderaan berkenaan turut melanggar sebatang tiang elektrik serta sebuah Proton Wira Aeroback yang diletakkan berhampiran, menyebabkan kereta mangsa mengalami kerosakan pada bahagian hadapan dan belakang,” katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata, mangsa dibawa ke Hoshas oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Tambahnya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu yang gagal mengawal kenderaan ketika memandu.
“Lokasi kejadian merupakan jalan lurus, sistem jalan dua lorong dua hala, garisan putih berputus-putus, permukaan jalan rata dan kering,bahu jalan berturap, aliran trafik lancar, cuaca cerah dan baik.
“Kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59. Rakaman percakapan pemandu akan diambil manakala saksi yang melihat kejadian sedang dikesan bagi membantu siasatan,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE
The post Lelaki cedera kereta terbabas rempuh gerai buah, tiang elektrik appeared first on Kosmo Digital.
