Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Suasana di sebuah pusat beli-belah terkenal di ibu kota kecoh semalam apabila aktivis kemanusian dan bekas Ahli Parlimen Batu, Tian Chua bersama beberapa aktivis yang membawa bendera Palestin diarahkan keluar oleh pihak pengurusan.
Menerusi perkongsian di Instagram, kumpulan berkenaan dipercayai baru selesai menyertai perhimpunan aman solidariti Palestin di ibu kota sebelum singgah ke pusat beli-belah tersebut.
Mereka dilihat melaungkan slogan ‘Free Palestin’ sambil membawa bendera sebelum dihampiri pengawal keselamatan.
Keadaan bertukar tegang apabila pihak pengurusan didakwa cuba merampas bendera yang dibawa.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna kecewa dengan tindakan pihak pengurusan membeli-belah berkenaan yang dikatakan tidak selari dengan pendirian negara dalam bersolidariti terhadap negara Palestin.
“Tidak percaya ini berlaku di Malaysia (negara yang pro Palestin?). Apabila bendera dan laungan ‘Free Palestin’ dilihat sebagai menyusahkan pelancong dan pembeli, ada sesuatu yang tidak kena. Harap rakyat Malaysia akan bersatu dalam isu ini, dan membuat aduan,” kata Aefahainee.
“Memalukan. Kamu ikut undang-undang mana kerana Malaysia menyokong kebebasan Palestin,” kata Wafiyahazm.
“Bendera saja, bukan bawa senjata nak takut apa?,” soal Hudaazmir.
Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 1,000 tanda suka dan lebih 500 perkongsian. – KOSMO! ONLINE
View this post on Instagram
The post [VIDEO] Kecoh aktivis bawa bendera Palestin dihalang masuk pusat beli-belah terkenal appeared first on Kosmo Digital.