Auto Added by WPeMatico

![]()
IPOH – Jaringan dari pukulan penalti strok tujuh minit sebelum tamat membuat Malaysia gigit jari apabila tumbang 3-4 ditangan India dalam kejohanan Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-31 2025 di Stadium Azlan Shah di sini.
Jaringan oleh kapten India itu, Sajay Rana pada minit ke-57 itu melerai kebuntuan antara kedua pasukan yang ketika itu terikat 3-3.
India mendahului tiga kali tetapi pada setiap kali itu anak buah Sarjit Singh berjaya memadamnya.
India yang turun dengan misi mesti menang selepas tumpas 2-3 kepada Belgium semalam berjaya melakukan tuagsan mereka dengan cemerlang.
Amak buah Craig Fulton melancar serangan sebaik permulaan dan berjaya menjaringkan gol melalui S Karti pada minit ke-7.
Bagaimanapun Malaysia bertindak balas dan usaha mereka berhasil melalui Faizal Saari pada minit 13.
Namun India kembali berada dihadapan apabila Sukjeet Singh menyempurnakan peluang pada minit 21 untuk India mendahului 2-1 pada separuh pertama.
Malaysia menggandakan usaha sebaik permulaan baba kedua Dan berjaya menyamakan kedudukan melalui jaringan padang, Fitri Saari pada m-36.
Bagaimanapun kealpaan benteng menyaksikan India menjaringkan gol tiga minit selepas itu melalui Amit Rohidas pada m-39.
Malaysia tidak menyerah mudah Dan berjaya menyamakan kedudukan buat kali ketiga melalui pukulan sudut penalti Kapten, Marhan Jalil pada m-45.
Dengan perlawanan tampak menuju seri 3-3 Malaysia melakukan kesilapan yang menyebabkan India dihadiahkan penalti strok tujuh minit sebelum tamat.
Sanjay menguis kencang melepasi Hafizuddin Othman untuk gol kemenangan juara lima kali kejohanan Jemputan itu. – KOSMO! ONLINE
The post India kecewakan Malaysia 4-3 appeared first on Kosmo Digital.