Auto Added by WPeMatico

![]()
LUMUT – Suspek kes tetak di sebuah taman perumahan di Kampung Jering, Ayer Tawar di Sitiawan dekat sini semalam direman selama enam hari bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abdul Rahman berkata, siasatan pihaknya mendapati suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau mahupun mempunyai masalah mental.
“Ujian air kencing juga menunjukkan suspek negatif dadah. Dia kini direman selama enam hari (bagi membantu siasatan),” katanya di sini hari ini.
Kosmo! semalam melaporkan seorang lelaki berusia 56 tahun parah akibat ditetak di kepala oleh adiknya ekoran pergaduhan di kediaman mangsa.
Kejadian dipercayai berlaku akibat tindakan mangsa menendang pintu tandas semasa anak perempuan suspek berada di dalamnya.
Tindakan mangsa berkenaan mencetuskan pergaduhan antara mereka, dengan suspek bertindak menetak kepala abangnya sebelum dia melarikan diri dan ditahan polis tidak lama kemudian.
Mengulas lanjut, Hasbullah berkata, mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan ditahan di wad untuk rawatan susulan.
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE
The post Suspek tetak abang negatif dadah, direman enam hari appeared first on Kosmo Digital.