Auto Added by WPeMatico

SEBERANG PERAI – Kerajaan mengekalkan sistem penggenapan atau bundarkan kepada lima sen terdekat yang sedia ada kerana ia tidak menjejaskan urusan perniagaan.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, sistem itu berfungsi tanpa masalah dan masih relevan.
“Saya rasa buat masa sekarang sistem yang ada masih terpakai. Biarlah ia berjalan kerana tidak mengganggu perniagaan,” katanya ringkas.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan semakan semula sistem penggenapan yang dilaksanakan sejak 2008 susulan dakwaan ia merugikan pengguna ketika kebanyakan transaksi kini beralih ke pembayaran digital.
Terdahulu, Amir Hamzah mempengerusikan Program Jelajah Belanjawan 2026 Pulau Pinang di Batu Kawan. Program siri ketujuh itu akan diteruskan ke Negeri Sembilan, Selangor dan Melaka minggu depan.
Sebelum ini, pakar ekonomi Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai berpendapat sistem tersebut tidak lagi relevan dalam era e-dompet dan pembayaran kod QR. – KOSMO! ONLINE
The post Kerajaan teruskan sistem bundar sedia ada appeared first on Kosmo Digital.