Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Seramai 60 pegawai Jabatan Imigresen (JIM) telah dibuang kerja selepas didapati terbabit dalam pelbagai salah laku sejak 2022 hingga tahun ini.
JIM dalam satu kenyataan berkata, tindakan tegas itu membuktikan komitmen jabatan tersebut dalam memastikan warga kerja kekal berintegriti, beramanah dan bertanggungjawab, selaras dengan prinsip Kerajaan Madani.
“Sepanjang tahun 2024, sebanyak 254 kes tatatertib berjaya diselesaikan, manakala 199 kes ditangani pada tahun 2025.
“Bagi tempoh 2022 hingga 2025 pula, terdapat 301 kes tatatertib masih dalam siasatan, termasuk 227 kes berkaitan pintu masuk negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, langkah yang diambil ini jelas menunjukkan kesungguhan JIM dalam melindungi kedaulatan negara serta menjaga kepentingan rakyat,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post 60 pegawai Imigresen dibuang kerja sejak 2022 appeared first on Kosmo Digital.