Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Pemergian Allahyarham Koperal Mohd. Hafizul Izham Mazlan, 35, yang terkorban semasa menjalankan tugas petang semalam satu kehilangan besar buat pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau berasa amat sedih menerima perkhabaran duka mengenai pemergian Allahyarham.
“Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar kepada pasukan PDRM dan seluruh warga keselamatan tanah air.
“Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham, semoga mereka tabah menghadapi dugaan yang besar ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Kosmo! melaporkan seorang anggota polis berpangkat koperal maut akibat dirempuh dan digilis kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah jenis Lexus dinaiki sekumpulan penjenayah di Taman Golf, Alor Setar, Kedah.
“Semoga Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosanya, menempatkan roh beliau bersama yang beriman dan menganugerahkan pahala untuk segala jasa sumbangannya kepada negara,” kata Saifuddin Nasution. – KOSMO! ONLINE
The post Pemergian Allahyarham Mohd. Hafizul kehilangan besar buat PDRM appeared first on Kosmo Digital.