Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Seorang lelaki terpaksa menahan sakit lebih setengah jam apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas sebelum terjunam ke tebing sedalam 10 meter di Kilometer 431.6 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kemalangan itu kira-kira pukul 8.37 pagi.
Menurutnya, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Sentosa telah dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya anggota di lokasi kejadian mendapati sebuah motosikal jenis Yamaha Y16 telah terbabas dan terjatuh ke tebing bukit sedalam kira-kira 35 kaki (lebih 10 meter).
“Mangsa seorang lelaki tempatan berusia 30an telah mengalami kecederaan parah pada beberapa bahagian badan telah diberi rawatan awal oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam satu kenyataan.
Wan Md. Razali berkata, mangsa kemudiannya dibawa naik dari tebing berkenaan sebelum diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan lanjut.-KOSMO! ONLINE
The post Penunggang parah, motosikal Y16 terjun tebing sedalam 10 meter appeared first on Kosmo Digital.