Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Perkongsian seorang pengguna media sosial mengenai keadaan terkini di Masjid Krital Terengganu mendapat perhatian orang ramai.
Menerusi hantaran di Thread, pengguna tersebut yang dikenali sebagai Zaihafiq meluahkan rasa kecewa melihat keadaan persekitaran masjid berkenaan yang seolah-olah tidak terjaga.
Dalam hantaran itu turut disertakan beberapa keping gambar memaparkan keadaan jejambat yang usang, kolam air yang keruh serta berlumut.
“Inilah persekitaram Masjid Kristal Kuala Terengganu. Sedih kotor dan usang kawasan sekeliling masjid tak dijaga.
“Malu bila pelancong luar datang sebab Masjid melambang Islam tapi kotor kawasan sekeliling,” katanya.
Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna yang berkunjung ke masjid tersebut turut bersetuju mengenai keadaan masjid itu yang tidak dijaga sebaiknya.
“Sayangnya.. kenapa tak jaga, kan masjid ini tarikan pelancong,” kata Syikin.
“Saya pernah pegi tahun 2012 dan masa tu memang masjid ini dah tak terurus,” kata Kazhar.
“kalau perasan laluan masuk ke sana juga berlalang, tinggi-tinggi pulak tu, macam takda maintenance,” kata Syakir. – KOSMO! ONLINE
The post Ramai sedih Masjid Kristal Terengganu tak terjaga appeared first on Kosmo Digital.