Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Fenomena cuaca panas melampau yang melanda Selangor sejak beberapa hari lalu mula mencetuskan keresahan dalam kalangan penduduk apabila suhu bahang dan tidak berangin meletakkan beberapa kawasan dalam keadaan terik luar biasa.
Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads oleh pengguna @Ifaaismail yang meluahkan rasa tidak selesa dengan kehangatan cuaca sejak beberapa hari ini.
“Satu Malaysia ke rasa bahang ni? Ke aku je yang kat Selangor ni?,” katanya pada hantaran yang dimuat naik.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut bersetuju bahawa cuaca yang terik kini semakin tidak menentu, malah ada yang menyifatkan situasi berkenaan sebagai tanda awal ketibaan fenomena El Nino yang diramal matang beberapa bulan lagi.
Menurut pengguna @miyabi260195, dia berkongsi keadaan semasa dijangka menjadi lebih membahang apabila fenomena berkenaan mencapai kemuncaknya kelak.
“El Nino peringkat awal ni kak. Sebelum ia matang beberapa bulan lagi, nanti dah matang lagi panas,” katanya.
“Betul Selangor punya bahang tak main-main. Nak keluar pergi dan balik kerja memang tak sanggup nak menghadap. Boleh sakit kepala,” ujar pengguna @jihaanggur pula.
“Ye pukul 4 pagi saya terjaga dari tidur sebab panas sangat. Tekak dah kering dan mula merentan dekat suami suruh pasang penghawa dingin,” tambah pengguna @whoistyr4. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Selangor bahang dia tak main-main’ appeared first on Kosmo Digital.
