Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat di Perak, Sabah dan Labuan hingga pukul 1 tengah hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataan berkata, di Perak, kawasan yang dijangka terlibat adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.
“Hujan lebat turut diramal berlaku di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat),” katanya.
Cuaca buruk itu dijangka berlaku di seluruh Labuan.
MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Jelasnya, amaran tersebut adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE
The post Ribut petir landa Perak, Sabah dan Labuan tengah hari ini appeared first on Kosmo Digital.
