Auto Added by WPeMatico

![]()
SEREMBAN – Seorang jurujual maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum terjunam ke bawah lereng bukit setinggi kira-kira 60 meter dalam kejadian di Kilometer (KM) 267.1 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah selatan), di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi, ketika lelaki berusia 22 tahun yang memandu Honda Accord dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menuju ke Melaka.
“Bagaimanapun setiba di lokasi kejadian, kenderaan dipandu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar besi penghadang kiri sebelum kenderaan terjunam ke bawah lereng bukit setinggi 60 meter,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, akibat kemalangan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dengan mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Rembau untuk urusan bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE
The post Jurujual maut, kereta jatuh tebing 60 meter appeared first on Kosmo Digital.