Auto Added by WPeMatico

![]()
JAKARTA – Seorang pengadil yang mengadili perlawanan bola sepak di Desa Wirasaba, Purbalingga dalam wilayah, Jawa Tengah dikejar dan dipukul beramai-ramai oleh penonton, lapor laman berita radar kaltim.
Insiden pada Khamis lalu itu menyaksikan pertembungan antara kelab Andalas FC dan Gama FC Adipasir bertukar kecoh selepas pengadil perlawanan enggan meniup wisel walaupun penolong pengadil mengesan benteng pertahanan Gama FC melakukan kesalahan ‘handball’.
Tindakan pengadil membiarkan permainan diteruskan serta memberikan penguasaan bola kepada Gama FC mencetuskan kemarahan para pemain, pegawai pasukan dan penonton yang hadir.
Dalam insiden berkenaan, pengadil yang dikenali sebagai Ridho Bekti itu dilaporkan menjadi mangsa dipukul beramai-ramai.
Mangsa menerima rawatan di hospital, namun tidak mengalami kecederaan serius. – AGENSI
The post Enggan tiup wisel, pengadil dikejar, dipukul penonton appeared first on Kosmo Digital.
