Auto Added by WPeMatico

![]()
BANGKOK – Polis menahan seorang guru lelaki di wilayah Tak, utara Thailand kerana mencuri bahan makanan dari sebuah kedai runcit sebelum berlagak di media sosial tentang kemahiran memasaknya, lapor portal berita Thaiger hari ini.
Pemilik kedai runcit membuat laporan di Balai Polis Tha Song Yang pada 25 Oktober lalu selepas mendapati beberapa barangan di kedainya di Pasar Mae Tan hilang.
Antara barangan hilang termasuk 10 bungkus telur masin, lima kilogram gula dan sebungkus bungkus mi.
Syiling yang disimpan dalam bakul turut dicuri, namun jumlah sebenar tidak didedahkan.
Pemilik kedai telah menyerahkan rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) kepada polis sebagai bukti.
Rakaman menunjukkan seorang lelaki memakai baju tanpa lengan, seluar pendek, selipar dan topi keledar sedang menggeledah kedai tersebut.
Hasil siasatan lanjut mendapati suspek ialah seorang guru berusia 33 tahun yang bertugas di pusat pembelajaran komuniti di kawasan itu.
Polis kemudian menjejaki dan menahannya di sebuah rumah sewa berhampiran pasar. – AGENSI
The post ‘Pakar’ masakan media sosial rupanya curi bahan di kedai runcit appeared first on Kosmo Digital.