Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Tindakan beberapa orang lelaki yang menggunakan bilik menukar lampin bayi di tandas awam mencuri perhatian pengguna media sosial.
Menerusi perkongsian di platform Threads @nazirahhusni_, wanita berkenaan meluahkan rasa gembira melihat ramai lelaki berada di ruangan itu sambil menjaga dan menukar lampin anak masing-masing.
“Sebagai seorang isteri, hati saya terasa penuh bila tengok ramai suami dalam bilik menukar lampin bayi semalam. Inilah contoh tanggungjawab bapa yang patut kita raikan. Suami-suami siapa ni? Para isteri sebenar sila hadir,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Perkongsian itu menerima pelbagai komen positif daripada pengguna media sosial yang turut memuji perubahan sikap para bapa masa kini yang lebih terbuka dalam hal penjagaan anak.
“Generasi kita sedang pulih. Kita mungkin tidak dapat mengubah cara kita dibesarkan, tetapi kita boleh memilih untuk tidak mengulangi kitaran yang sama,” komen @xxiqdxx
“Golongan milenial dah ubah tradisi sebelum. Bapa-bapa dah cakna dengan tugas mak-mak,” kata @fatinizolkafli_
“Saya gembira bila suami saya kongsi yang tandas lelaki sekarang pun sudah ada ruang keluarga. Bapa sekarang lebih mudah nak bawa anak kecil pergi tandas. Kalau dulu, tandas keluarga yang ada tandas kecil ni hanya boleh jumpa dalam tandas perempuan saja,” komen Arni Harliana. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Siapa punya suami ni hah?’ appeared first on Kosmo Digital.