Auto Added by WPeMatico
MB NS buat laporan polis, dipaksa tandatangan surat cara

![]()
SEREMBAN – Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim membuat laporan polis kira-kira pukul 6 petang kerana mendakwa ditandatangani tanpa rela hati dan secara paksaan (duress).
Kata beliau, Kerajaan Negeri berpendirian surat cara berkenaan tidak memenuhi proses dan tatacara yang diperuntukkan di bawah Perkara 10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.
“Pendekatan menubuhkan Jawatankuasa Pendamai diambil bagi mencari penyelesaian terhadap isu adat yang berlaku.
“Jawatankuasa Pendamai sebagai wadah mencari penyelesaian terhadap isu adat secara harmoni, berhemah dan berlandaskan semangat muafakat,” katanya kepada pemberita hari ini.
Jelasnya, kerajaan negeri berpendirian surat cara itu tidak sah, tidak berperlembagaan dan tidak boleh dikuatkuasakan.
Dalam pada itu, menurut Ismail, Kerajaan Negeri turut merujuk Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan Persekutuan menjamin hak dan kedudukan Raja di sisi Perlembagaan.
Perkara itu juga menyatakan keperluan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kemuliaan dan kedudukan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan terus terpelihara.
Ismail turut menzahirkan sokongan penuh serta taat setia tidak berbelah bahagi kepada Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai satu-satunya Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah dan berdaulat.
Semalam, pembesar adat menunjukkan dokumen yang didakwa menjadi bukti Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim, menandatangani surat cara proklamasi berkaitan Perkara 10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959. – KOSMO! ONLINE
The post MB NS buat laporan polis, dipaksa tandatangan surat cara appeared first on Kosmo Online.
