Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menampal satu notis larangan bermain layang-layang di Taman Metropolitan Kepong dekat sini.
Menerusi satu hantaran tular di media sosial, notis larangan tersebut telah ditampal di sekitar padang taman permainan tersebut.
“Makluman awam, di larang bermain layang-layang di kawasan ini. Kerjasama anda amat dihargai. Sebarang maklumat, sila hubungi Jabatan Landskap dan Rekreasi,” tulis notis tersebut.
Difahamkan, arahan tersebut dikeluarkan susulan satu kejadian melibatkan seorang penunggang motosikal cedera di leher selepas terkena tali layang-layang yang melintas secara tiba-tiba ketika melalui di lokasi berkenaan sebelum ini.
Dalam kejadian itu, mangsa, Muhammad Faris Rosaidee dalam perjalanan dari Batu Caves ke Bandar Sri Damansara.
Susulan kejadian tersebut, orang ramai bimbang tentang keselamatan di kawasan tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen telah meninggalkan pelbagai komen termasuk memaklumkan kejadian yang menimpa penunggang motosikal tersebut.
“Haritu ada kes rider motor kena tali layang-layang dekat leher masa lalu jalan kat kawasan sini. Tali tu melintang ke jalan dan tersangkut di leher rider tu. Mungkin kes tu la kot. Nasib baik panjang nyawa penunggang tu,”tulis Khairi Zakaria.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Mohd Faizal Zahari.
“Mungkin kena namakan semula nama taman ni jadi Taman Larangan Bermain Layang-Layang,” selorohnya. – KOSMO! ONLINE
The post [VIDEO] ‘Mungkin kena tukar nama Taman Larangan Bermain Layang-Layang’ appeared first on Kosmo Digital.