Auto Added by WPeMatico

![]()
SEREMBAN – Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias menjelaskan ketidakhadirannya pada Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan di Istana Besar Seri Menanti semalam, adalah kerana hanya menerima notis daripada pihak protokol pada pukul 4.50 pagi.
Jalaluddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang berkata, beliau hanya sempat membaca notis berkenaan selepas Subuh dan mempunyai program yang telah dijadualkan lebih awal.
“Saya terima notis pukul 4.50 pagi,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata demikian ketika mengulas ketidakhadirannya pada Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah, semalam.
Semalam, pemerhatian mendapati beberapa kerusi yang dikhaskan kepada ADUN tidak dipenuhi termasuk tempat yang diperuntukkan kepada ADUN Pertang, Jalaluddin yang sebelum ini disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar Negeri Sembilan. – KOSMO! ONLINE
The post Saya terima notis angkat sumpah MB pukul 4.50 pagi – Jalaluddin appeared first on Kosmo Digital.
