Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhutang budi kepada semua pihak yang tidak berhenti memberi sokongan sepanjang menamatkan Ironman Malaysia 2025, pada hujung minggu lalu.
Menerusi hantaran di Instagram Syed Saddiq berkongsi rakaman larian selepas berjaya meraih kutipan dana sebanyak RM1 juta untuk rakyat Muar.
“Saya terhutang budi kepada semua yang berikan sokongan. Saya mohon maaf kerana tak dapat beri respon kerana sudah berada dalam ‘mod zombi’ (keletihan). Hanya fikir nak tamatkan sahaja.
“Berkali-kali rasa nak pitam, kejang satu badan sehingga masuk dan keluar tandas sebab muntah kerana makanan tidak dapat hadam,” ujarnya.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan Ahli Parlimen Muar yang berusia 32 tahun itu mencatat masa selama 13 jam 13 minit dan 50 saat bagi kejohanan Ironman Langkawi pada tahun lalu.
Dalam hantaran video di Instagram Story, memaparkan Syed Saddiq berpakaian sukan dengan nombor peserta dipercayai sedang mengakhiri cabaran Ironman Malaysia 2025.
Tindakan Syed Saddiq itu menerima pujian netizen sebagai contoh pemimpin muda yang bersemangat dan sanggup berkorban tenaga untuk membantu masyarakat.
“Syed Saddiq berani cabar diri untuk menyahut cabaran demi rakyat Muar. Pemimpin muda masa depan yang berjaya menarik perhatian anak muda,” komen pengguna Threads.
“Nampak macam senang, tapi nak ikuti Ironman ini perlukan latihan secara fizikal dan mental. Kalau ikuti acara larian pun sudah terseksa, bayangkan berjaya tamatkan semua acara dalam Ironman,” komen @Ahmadsafuan. – KOSMO! ONLINE
The post Saya terhutang budi kepada yang beri sokongan – Syed Saddiq appeared first on Kosmo Digital.