Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Tindakan seorang pemandu kereta memandu secara melulu dan berbahaya berakhir dengan tragedi apabila kenderaan tersebut terperosok di dalam longkang.
Menerusi klip video yang dikongsi di laman Facebook Sukan Star Tv, sebelum kejadian kereta jenis Toyota Supra berwarna merah itu dilihat dipandu secara laju berdasarkan rakaman kamera papan pemuka sebuah kenderaan.
Kereta terbabit kemudiannya memotong kenderaan perakam sebelum aksi tersebut berakhir dengan kemalangan. Kereta bewarna merah itu dilihat terbabas di dalam sebuah longkang, bagaimanapun tidak diketahui nasib pemandu terbabit.
Difahamkan kejadian tersebut berlaku di sebuah kawasan di Taman Sri Gombak dekat sini petang tadi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna telah meninggalkan pelbagai komen tentang kejadian itu.
“Lagak di jalanan berakhir dalam longkang, kesimpulanannya kalau berjalan jangan selalu mendongak ke langit,”tulis Zuraimibakir Zuraimi.
“Tak pernah serik, tak pernah insaf, tak pernah belajar kesilapan sendiri atau orang lain,”kata Poly Norbert.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai NurNazmi Nasir.
“Puas hati tengok, dah lama teringin tengok orang yang suka cucuk-cucuk ini masuk longkang.-KOSMO! ONLINE
The post [VIDEO] Lepas main ‘cucuk-cucuk’ akhirnya ke longkang appeared first on Kosmo Digital.