Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Dua beranak mendapat perhatian pengguna media sosial selepas berpakaian seperti Spiderman untuk mencari rezeki di stesen minyak berdekatan Sungai Udang, Melaka.
Menerusi perkongsian pengguna TikTok @ataaayisy, merakam bapanya termenung panjang melihat tingkah laku anak kecil tersebut bermain keseorangan.
“Masing-masing ada ujian sendiri,” kata pemilik akaun pada ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi netizen tersentuh hati dan memberi informasi berkaitan lokasi serta keberadaan dua beranak itu.
“Sedih tengok anak beranak itu, memang setiap hari ada di situ,” komen @mr_i0808
“Semua lelaki mencuba beri kehidupan yang terbaik untuk keluarga,” komen @lakibini164
“Semoga abang ni sentiasa dilimpahkan rezeki yang takkan putus,” kata Zain.
“Benda ni setengah orang akan rasa lawak sebab mereka pakai baju Spiderman, tapi kalau fikir balik susahnya mereka nak cari rezeki itu,” komen @nadssnn – KOSMO! ONLINE
@ataaayisy masing” ada ujian sendiri #spiderman #4upage ♬ original sound – arcadia
The post [VIDEO] ‘Masing-masing ada ujian sendiri’ appeared first on Kosmo Digital.