Auto Added by WPeMatico

![]()
KUALA NERUS – Sultanah Nur Zahirah menitahkan graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) agar tidak membiarkan diri terlalu dikuasai teknologi kecerdasan buatan (AI) sehingga menjejaskan nilai, adab dan akhlak dalam kehidupan.
Baginda yang juga Canselor UniSZA bertitah, biarpun berada dalam era moden yang sarat dengan ledakan teknologi, insan perlu menjadi pihak yang mengawal dan memandu penggunaan AI agar tidak tersasar daripada landasan kemanusiaan.
“Kita hidup pada era teknologi kecerdasan buatan yang mendominasi sistem ekonomi, kesihatan, pendidikan bahkan pentadbiran negara. Namun, apakah manusia mengawal teknologi dengan nilai, adab dan akhlak?” titah baginda pada majlis Konvokesyen UniSZA ke-17 di sini hari ini.
Sultanah Nur Zahirah bertitah, graduan UniSZA perlu memanfaatkan kecanggihan teknologi bukan sekadar untuk kemudahan dan kemajuan malah demi kemaslahatan manusia sejagat.
Baginda turut menasihatkan graduan UniSZA agar menjadikan AI sebagai alat bagi mengangkat martabat manusia. – KOSMO! ONLINE
The post Kawal, pandu AI bukan biar diri dikuasai – Sultanah Nur Zahirah appeared first on Kosmo Digital.