Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Cubaan kali pertama seorang lelaki warga India menjadi prebet sapu gagal apabila dicekup di Jalan Lagoon Perdana Timur, Subang Jaya, dekat sini hari ini.
Penahanan suspek berusia 30-an itu dilakukan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kira-kira pukul 11.30 pagi ketika membawa pelanggan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, siasatan mendapati suspek baharu memiliki lesen memandu percubaan dengan mengambil penumpang itu dari sebuah hotel sekitar Subang Jaya.
Katanya, suspek menggunakan helah cuma membantu syarikat penghantaran tempatnya bekerja.
“Hasil pemeriksaan terhadap resit yang ditunjukkan penumpangnya mendapati suspek mengenakan caj sebanyak RM180 dari sebuah hotel ke KLIA.
“Siasatan awal mendapati suspek memaklumkan mendapat kerjasama pihak hotel dalam mendapatkan pelanggan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau menambah, hasil siasatan juga mendapati baharu sehari menjalankan kegiatannya selepas memiliki lesen memandu percubaan.
Justeru kata, pihaknya telah menyita kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Innova digunakan suspek itu
yang kemudiannya di bawa ke JPJ Shah Alam.
“Tindakan dijalankan mengikut Seksyen 23 dan Seksyen 26 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Dicekup hari pertama jadi prebet sapu appeared first on Kosmo Digital.