Auto Added by WPeMatico

KLANG – Seorang pekerja subkontraktor maut pada ketinggian tujuh meter ketika mengecat struktur besi bangunan yang sedang dalam pembinaan di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.45 pagi itu mangsa merupakan lelaki tempatan didapati jatuh ketika menggunakan platform perancah jenis A-frame.
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor berkata, pihaknya yang menerima maklumat pada hari yang sama telah menghantar pegawai penyiasat ke lokasi untuk menjalankan siasatan awal.
Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika kerja-kerja mengecat struktur besi di ketinggian kira-kira tujuh meter.
“Mangsa merupakan pekerja subkontraktor yang bertugas sebagai pekerja am.
“Mangsa disahkan maut di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) bagi tindakkan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
JKKP memaklumkan Surat Arahan Larangan Kacau Ganggu telah dikeluarkan kepada pihak majikan untuk menghentikan serta-merta aktiviti kerja di tempat tinggi di tapak pembinaan tersebut sehingga siasatan selesai dijalankan.
Tambahnya, notis larangan turut dikeluarkan atas kegagalan pihak majikan mengadakan sistem kerja selamat bagi aktiviti kerja di tempat tinggi.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dengan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan dan pihak yang bertanggungjawab,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Pekerja maut jatuh ketinggian tujuh meter appeared first on Kosmo Digital.