Auto Added by WPeMatico

PERNAHKAH anda rasa terlalu banyak berfikir dan mudah stres membabitkan perkara kecil. Mungkin juga kerana anda terlalu dalam mod “berjaga-jaga” setiap masa demi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku?
Menurut Cleveland Clinic, keadaan ini dikenali sebagai hypervigilance yang merupakan simptom terlampau berhati-hati dengan keadaan sekeliling sehingga membuatkan seseorang berasa tertekan.
Bagaimana hypervigilance boleh berlaku ?
- Trauma sewaktu kecil seperti membesar dalam persekitaran tidak selamat
- Pernah mengalami penderaan secara fizikal atau mental
- Masalah kesihatan mental
- Pernah terlantar sakit terlalu lama di hospital
- Personaliti semula jadi seseorang yang terlalu peka atau sensitif
Pakar menegaskan punca pertama, iaitu kanak-kanak membesar dalam persekitaran toksik cenderung untuk terlebih berhati-hati terhadap sebarang situasi. Secara tidak langsung, tabiat ini akan dibawa sehingga mereka dewasa.
Tanda-tanda hypervigilance
- Sentiasa memerhati keadaan sekeliling
- Terlalu “menganalisis” perbuatan orang lain
- Terlalu banyak berfikir sehingga makan diri
- Mengelak dari semua hal
- Tidak yakin dengan diri sendiri
Kesan hypervigilance dalam kehidupan seharian
- Insomnia atau kesukaran untuk tidur malam
- Sensitif dan emosi tidak stabil
- Sentiasa stres terhadap perkara kecil
- Mengganggu sistem pencernaan
- Mudah hilang fokus
- Menjauhkan diri daripada bergaul dengan orang
- Kemurungan
Cara mengatasi dari simptom ini
- Terapi
Melalui terapi atau konsultasi bersama pakar kaunseling, ia boleh membantu anda lebih memahami tentang masalah yang dihadapi. Sekurang-kurangnya, berbual dengan pakar membolehkan anda mengawal perasaan dan tingkah laku anda.
- Preskripsi ubat
Sesetengah orang memilih untuk bergantung kepada ubat-ubatan bagi memudahkan mereka bertenang. Namun begitu, perlulah mendapat preskripsi dari doktor supaya tidak terlebih dos yang mengakibatkan risiko kepada penyakit lain yang lebih berbahaya.
- Kurangkan pengambilan kopi
Tanpa sedar, pengambilan kafein atau kopi merupakan punca yang boleh menambah lagi beban yang ada. Ini kerana kandungan dalam kafein itu sendiri berpotensi menjadikan anda lebih gelisah. -RELEVAN
The post Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’ appeared first on Relevan.