Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Beberapa stesen transit aliran ringan (LRT) dan transit aliran massa (MRT) ditutup sementara hari ini.
Menurut Rapid Rail Sdn. Bhd. (Rapid Rail), stesen terlibat ditutup secara sementara bermula pukul 7 pagi hingga 12 tengah hari di atas faktor keselamatan.
“Perkhidmatan LRT membabitkan laluan Kelana Jaya Line iaitu Stesen Ampang Park dan KLCC.”Bagi MRT pula melibatkan laluan Putrajaya Line iaitu Stesen Conlay, Persiaran KLCC dan Ampang Park,” katanya.
Untuk rekod, Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang berlangsung bermul hari ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bakal menyaksikan kehadiran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump termasuk ketua negara anggota ASEAN. – KOSMO! ONLINE
The post ASEAN ke-47: Stesen LRT Ampark Park, KLCC ditutup sementara appeared first on Kosmo Digital.