Auto Added by WPeMatico

![]()
BANGKOK – Seorang pelajar di Thailand dimasukkan ke hospital selepas dipaksa melakukan 800 duduk-bangun (squat) oleh seorang guru kerana gagal menyerahkan kerja rumah, lapor portal berita Thaiger.
Perkara tersebut dikongsi oleh bapa mangsa di platform Facebook semalam.
Menurut bapa mangsa, anaknya mengalami sakit yang teruk selepas pulang dari sekolah, menyebabkan dia dibawa ke hospital untuk melakukan ujian darah.
Pemeriksaan awal menunjukkan buah pinggang mangsa masih berfungsi, namun ujian lanjut mendapati dia mengalami enzim otot dalam masa tiga hari.
Pelajar tersebut dinasihatkan untuk berehat, meluruskan kaki dan mengelakkan berjalan selama sekurang-kurangnya tiga hari serta minum air 3 liter dalam sehari.
“Memaksa kanak-kanak menjalani hukuman yang melampau boleh menyebabkan otot koyak atau kecederaan lain.
“Pihak sekolah perlu mempertimbangkan hukuman atau disiplin yang lebih selamat seperti tugas pembersihan,” kata bapa mangsa. – AGENSI
The post Guru hukum 800 ‘squat’, pelajar masuk hospital appeared first on Kosmo Digital.