Auto Added by WPeMatico

SEOUL – Pengurus Tottenham Hotspur, Thomas Frank kini berdepan tuntutan lebih besar untuk mencari pengganti kepada kapten pasukan, Son Heung-min yang sah meninggalkan pasukan.
Walaupun wujud perasaan ralat kerana tidak berpeluang bekerjasama lebih lama dengan Heung-min, Frank terpaksa menerima hakikat situasi sebenar terpaksa dilaluinya ketika ini.
Pengurus dari Denmark itu menuntut pemain-pemain lain mengambil cabaran tersebut bagi mampu menampung ketiadaan kualiti ditinggalkan oleh bintang dari Korea Selatan berkenaan.
Antara yang dijangka memainkan peranan seperti Brennan Johnson, Wilson Odobert dan Mathys Tel sekali gus meredakan tekanan buat Frank kerana beliau masih memiliki pilihan untuk dipertaruhkan.
“Apabila seseorang pemain meninggalkan pasukan, pemain lain akan memiliki peluang untuk menyinar, Brennan Johnson bermain di sebelah kiri, Wilson Odobert dan Mathys Tel juga sudah melakukan tugas mereka dengan baik,” katanya.
Sepanjang 10 tahun bersama pasukan, Heung-min meninggalkan reputasi besar apabila muncul penjaring kelima terbanyak Spurs dengan 173 gol dalam 454 penampilan dan turut membantu kelab memenangi kejuaraan pertama mereka iaitu Liga Europa musim lali.
“Bukan perkara mudah untuk cari masa terbaik (mengundurkan diri) tetapi saya fikir keputusan ini dibuat pada masa yang tepat.
“Muncul sebagai pemain penting sejak beberapa tahun juga adalah penutup sempurna buat Heung-min dan juga keluarganya,” kata Frank.
Sebagai rekod, Heung-min hampir pasti bakal berkelana ke Amerika Syarikat dengan menyertai Los Angeles FC. – AGENSI
The post Tugas sukar Spurs ganti Heung-min appeared first on Kosmo Digital.