Auto Added by WPeMatico

BAGI menghargai sokongan peminat yang hadir ke konsert Rockolusi Kuasa Dua, vokalis Azlan & The Typewriter menghadiahkan dua gitar kepada penonton sewaktu konsert berlangsung di Zepp KL, semalam.
Momen istimewa itu menjadi kejutan buat penonton apabila Azlan secara tiba-tiba memaklumkan dia mahu menghadiahkan gitar.
Dia kemudian menandatangani gitar tersebut sebelum menyerahkan kepada peminat bertuah yang dipilih secara rawak.
Malam ini demi menghargai peminat-peminat yang datang ke konsert ini, saya nak bagi hadiah gitar. Saya tak boleh nak campak gitar ini. Jadi saya akan pilih. Jangan risau malam ini kita ada dua gitar nak bagi berharga lebih RM2000,” katanya.
Azlan kemudian memilih peminat bertuah yang datang menonton konsert sambil mendukung anaknya.
Untuk gitar kedua pula, dia memberikan kepada seorang peminat cilik yang berdiri di hadapan pentas.
Pada konsert berdurasi lebih dua jam itu, Azlan & The Typewriter bersama kumpulan Kristal X menghiburkan peminat-peminat mereka dengan aksi bertenaga.
Antara lagu popular yang didendangkan termasuklah Jangan Khianati Aku , Lagu Untukmu, Jeritan Batinku, Resam Pak Belalang, Memburu Impian dan Selagi Ada Rindu.
Kedua-dua vokalis itu juga turut membuat persembahan secara duet menerusi lagu Idola, Delaila, Tanda Tanya dan Seragam Hitam 2020. – HIBGLAM