Auto Added by WPeMatico

KULIM – Seramai 150 penduduk mengambil masa hampir 30 minit mengusung sebuah rumah kayu ke tapak baharu sejauh kira-kira 10 meter di Kampung Haji Ismail Siak, Simpang Tiga Keladi, di sini hari ini.
Rumah berusia 20 tahun seberat dua tan milik Jamaluddin Ismail, 63, yang kini didiami oleh lima pekerja adiknya terpaksa dipindahkan berikutan lokasi rumah tersebut akan dijadikan tapak surau.
“Tapak rumah ini termasuk dalam tapak surau, jadi kami mengambil keputusan untuk memindahkan rumah di tapak bersebelahan iaitu kira-kira 10 meter sahaja,” katanya Jamaluddin ketika ditemui di tapak rumah itu.
Jamaluddin berkata, dia memberikan idea memindahkan rumah tersebut secara bergotong-royong ketika berbincang dengan rakan serta penduduk kampung memandangkan upah penggunaan kren mahal.
Kata beliau, kira-kira 150 orang hadir dan proses tersebut bermula kira-kira pukul 9.30 pagi tadi dan rumah berjaya dipindahkan selepas lapan kali berhenti untuk berehat. – KOSMO! ONLINE
The post 150 penduduk usung rumah ke tapak baharu appeared first on Kosmo Digital.