Auto Added by WPeMatico

BUAT pertama kali dalam sejarah, syarikat makanan segera, McDonald’s mengadakan Konsert Duo Terhangat bagi menghargai sokongan pelanggannya.
Acara penuh warna-warni tersebut menggamatkan suasana malam Jumaat lalu di McDonald’s Putrajaya Presint 2 DT yang merangkumkan muzik, rasa dan semangat rakyat Malaysia.
Barisan artis yang menghangatkan pentas termasuk dua rapper popular tanah air iaitu Tuju dan MK K-Clique mewakili rasa ‘OG’ dan ‘lit’ dalam Kempen Duo Terhangat.
Bagi menggandakan impak, mereka turut disertai Loca B, Alyph, SonaOne dan Benzooloo untuk merancakkan lagi suasana malam minggu.
Pentas dibuka tepat pukul 9 malam dengan persembahan pertama daripada Benzoloo yang mempersembahkan dua buah lagu berjudul GTT dan Representetif.
Orang ramai mula berkumpul memenuhkan ruangan hadapan pentas bagi menyaksikan artis kegemaran mereka membuat persembahan.
Acara diteruskan dengan kehadiran Loca B yang membawakan tiga buah karya iaitu Lima Minit, Biar Memori Adili Sayang dan dua buah lagu medley berjudul Gila serta Gundah Gulana.
Majlis lebih hangat dengan penampilan Soneone yang membuka pentas dengan persembahan medley lagu No More, Apa Khabar, Chentaku dan SMDT.
Dia juga tak melepaskan peluang untuk mempersembahkan lagu Stamina dan Hakeleh bagi memanaskan pentas Konsert Duo Terhangat.
Tidak lama kemudian, Alyph muncul mendendangkan lagu Sorok Muka, Saham Naik, Swipe dan Ingat sekali gus menggamit sorokan padu daripada pengunjung.
Acara yang dihadiri lebih 1,000 pengunjung itu disajikan pula dengan persembahan Tuju yang membawakan lagu Aku Ingin.
Tidak sendirian, Alyph turut mengajak MK dan Benzooloo ke pentas untuk membawakan lagu terbaharu mereka berjudul Risiko.
Pentas kemudian diserikan dengan persembahan solo MK yang membawakan lagu Ha Tepok, Pulang dan Alhamdulillah.
Bagi melengkapkan kempen Spicy Chicken McDeluxe, MK berduet bersama Tuju menyampaikan lagu McDonald’s berjudul Duo Terhangat.
Konsert Duo Terhangat ditutup sempurna dengan persembahan lagu popular Mimpi yang disampaikan oleh MK, Alyph dan Tuju.
Selain menikmati persembahan artis-artis hangat, pengunjung turut disajikan dengan pelbagai kejutan menarik termasuk tiket akses VIP kepada 100 pemenang cabaran media sosial.
Malah, pengunjung juga menerima Spicy Chicken McDeluxe percuma untuk 1,000 pengunjung terawal, serta hadiah dan reruai foto eksklusif yang menjadikan malam tersebut satu pengalaman sukar dilupakan.
The post Simbolik ‘terima kasih’ Konsert Duo Terhangat appeared first on Kosmo Digital.