Auto Added by WPeMatico

Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, Batu Gajah dengan kerjasama Silverlake Village Outlet (SVO) serta Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Kinta Utara telah melaksanakan program Moh Buru Ikan Asing @ Silverlake sempena Fiesta Perak Sejahtera 2030, Daerah Kinta 2026.
Pertandingan memancing yang telah dijalankan ini turut mendapat sokongan daripada Jabatan Perikanan Negeri Perak, Majlis Daerah Batu Gajah, Jabatan Kerja Raya Kinta, TCE Tackles dan pelbagai agensi kerajaan lain.
Pertandingan ini diadakan pada 25 Julai lalu dengan memberi fokus kepada pancingan spesies-spesies ikan asing seperti peacock bass (PB), Mayan chicild, pleco, rohu dan lain-lain.
Tujuan utama penganjuran pertandingan sebegini adalah untuk mengurangkan populasi ikan asing yang banyak di lokasi tersebut.

Pada masa sama, ia bertujuan memberi info kepada masyarakat tentang pentingnya menjaga ekosistem perairan umum di negara kita.
Hari program
Seawal pukul 7 pagi, para peserta telah mula hadir untuk mendaftar. Hampir 100 orang pemancing telah datang dan mengambil bahagian.
Pengurusan SVO membenarkan pemancing menggunakan radius memancing yang sangat luas iaitu dari North Lake Village sehingga ke West Lake Village.
Format pertandingan berdasarkan berat kumulatif (terkumpul) bagi spesies ikan asing sahaja.
Peserta diberi pilihan untuk memancing menggunakan umpan secara pancing dasar atau menggewang (casting) mengikut pilihan masing-masing.
Pertandingan ini telah dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori Remaja untuk umur 13 hingga 18 tahun dan kategori Terbuka (19 tahun ke atas).
Setiap pemenang kategori bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000.
Peserta mula dilepaskan untuk memancing sekitar pukul 8 pagi, dan masing-masing dilihat menuju ke lokasi yang dirasakan berpotensi.
Kemeriahan mula dirasakan apabila kebanyakan peserta mula menaikkan ikan-ikan asing selaras dengan format pertandingan.

Siren penamat telah dibunyikan pada pukul 3 petang, sebelum pihak juri mula mengira markah bagi menentukan pemenang pertandingan.
Penyerahan hadiah kepada pemenang telah dijalankan pada pukul 5 petang yang disampaikan oleh
Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Mohd. Zolkafly Harun,
Pegawai Daerah Kinta, Zulhisham Ahmad Shukori menyifatkan acara seperti itu amat baik
dan sepatutnya dijalankan secara berkala bagi membantu meningkatkan nilai positif pada ekosistem perairan tempatan yang mula di banjiri spesies-spesies ikan asing.
Keputusan
Juara kategori Terbuka disandang oleh Muhamad Rizuan Ibrahim dengan jumlah keseluruhan tangkapan seberat 24.27 kilogram (kg).
Manakala pemenang kategori Remaja pula dirangkul oleh Putra Adam Fitri Kamaruzaman berdasar-
kan semua tangkapannya seberat 7.032kg.
Penganjuran kali ini juga menunjukkan keputusan yang positif dengan mencatatkan pendaratan sebanyak 145.79kg ikan asing daripada pelbagai spesies.
Selain itu, matlamat lain pertandingan adalah untuk menjadikan ia satu program kekeluargaan. Ia tercapai apabila ramai peserta hadir bersama keluarga masing-masing.
The post Memburu ikan asing di Silverlake Village appeared first on Kosmo Digital.
