Auto Added by WPeMatico

![]()
KUALA LANGAT – Kerja-kerja baik pulih empat buah sekolah yang terjejas teruk akibat ribut di sekitar Sijangkang Jaya, Telok Panglima Garang di sini akan menelan kos sebanyak RM10.1 juta.
Ini melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Sijangkang Jaya, SK Kampung Medan dan SK Jalan Tanjung dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sijangkang Jaya.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, jumlah kos tersebut telah diluluskan Kementerian Pendidikan (KPM) dengan kebanyakan kerosakan yang teruk melibatkan bumbung sekolah.Katanya, bagaimanapun hampir semua kawasan terjejas di SMK Sijangkang Jaya telah diserahkan kepada pihak sekolah untuk persediaan peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) pada 2 November nanti.
“Pelajar-pelajar yang terlibat SPM atau pun kawasan (peperiksaan) SPM telah dibenarkan untuk masuk dan isytiharkan selamat.
“Jadi, yang Sekolah Kebangsaan ini, kita dijangkakan hampir tiga bulan untuk siapkan. (Dalam tempoh itu)
dilaksanakan pendidikan di dalam talian,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat dan mendengar taklimat mengenai kerja-kerja baik pulih empat buah sekolah di Sijangkang, hari ini.
Menurut Amirudin, lebih 4,000 murid di tiga buah sekolah rendah akan terlibat dalam Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) itu.
Tambahnya, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah memulakan kerja-kerja pembersihan di lokaliti terlibat dengan memerlukan kos sebanyak RM1.9 juta.
“Ini tidak termasuk dengan kerja-kerja pendawaian yang akan memerlukan tambahan kos selain sebahagian peralatan sekolah yang musnah akibat daripada kejadian ribut itu kerana air masuk dan sebagainya,” jelasnya.
Sementara itu, Pengarah JKR Selangor, Shukri Ishak berkata, kontraktor dan pembekal bertauliah akan dipanggil mengemukakan cadangan kepada JKR esok.
“Kita memohon agar KPM meluluskan perolehan lantikan terus memandangkan kerja pembaikan perlu disegerakan demi keselamatan pelajar seterusnya dapat diserahkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah atau KPM pada minggu ketiga Januari nanti,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Ribut: Baik pulih empat sekolah babit kos RM10.1 juta appeared first on Kosmo Digital.