Auto Added by WPeMatico

KUALA LUMPUR – Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 di ibu negara antara sidang ASEAN yang paling substantif dalam sejarah, malah menerima penghargaan luar biasa negara anggota.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pencapaian itu merupakan satu kemajuan hasil persiapan rapi dan sangat membanggakan oleh Kementerian Luar dan kementerian lain yang terlibat.
“Perbincangan dalam GCC, kehadiran mereka bermakna dan mereka menyatakan penghargaan luar biasa terhadap cara pengendalian, sidang persiapan dan perisian kenyataan bersama,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.
Anwar berkata, beliau menyatakan penghargaan kepada pimpinan ASEAN yang menunjukkan setiakawan luar biasa pada persidangan kali ini.
Menurut beliau, semangat itu memungkinkan ASEAN mencapai kesepakatan dalam banyak hal pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-46.
“Kemudian dengan Majlis Kerjasama Teluk (GCC), walau ini pengalaman baharu. Pertemuan pertama dua tahun lalu di Riyadh adalah pengenalan, permulaan, persetujuan secara umum.
“Kali ini ada perbincangan yang lebih teliti dan substantif. – KOSMO! ONLINE
The post Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 paling substantif dalam sejarah – Anwar appeared first on Kosmo Digital.