Auto Added by WPeMatico


The post Graduan MSU perlu jadikan integriti pegangan hidup appeared first on Kosmo Digital.
Auto Added by WPeMatico
The post Graduan MSU perlu jadikan integriti pegangan hidup appeared first on Kosmo Digital.
PETALING JAYA – S P Setia Bhd. (Setia) baru-baru ini melancarkan kempen terbaharunya, ‘Setia Mad About Homes 2025’ yang menawarkan ganjaran menarik kepada pembeli rumah, termasuk peluang untuk memenangi kediaman berservis di Temasya Glenmarie, Shah Alam bernilai lebih RM500,000.
Sepanjang tempoh kempen jualan dari 9 Mei hingga 31 Ogos 2025, kira-kira 30 perbandaran utama Setia di seluruh negara akan menganjurkan acara gaya hidup di galeri jualan masing-masing yang bertempat di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor dan Sabah.
Ia menampilkan aktiviti menyeronokkan seperti pelancaran baharu, acara Hari Terbuka, Hari Trak Makanan, Lawatan Unit Pertunjukan dan banyak lagi.
Selain itu, Setia Mad About Homes 2025 menawarkan ganjaran menarik seperti pakej kelengkapan, subsidi yuran penyelenggaraan, ansuran faedah 0%, perlindungan yuran guaman untuk perjanjian jual beli (SPA) dan perjanjian pinjaman, serta perlindungan yuran memorandum pemindahan (MOT).
Ketua Pegawai Komersial Setia, Christinne Lim berkata, kempen berkenaan adalah sebahagian daripada usaha syarikat untuk mempamerkan pembangunan Setia yang direka dengan teliti dan mampan dengan hadiah serta tawaran menarik.
“Kami mengalu-alukan semua orang bersama rakan dan keluarga mereka untuk menyertai keseronokan di galeri jualan kami yang tersenarai di seluruh negara untuk berpeluang memenangi hadiah menarik termasuk hadiah utama Temasya Prisma, iaitu unit kediaman berservis dalam kawasan hijau di Temasya Alam,” katanya dalam kenyataan.
Temasya Prisma terletak di salah satu petak pembangunan terakhir di Temasya Glenmarie, Shah Alam, terdiri daripada 216 unit pangsapuri servis berketumpatan rendah yang dijangka siap tahun depan.
Sesuai dengan keperluan profesional muda hingga isi rumah yang lebih besar, pembangunan itu akan dihubungkan secara langsung dengan pusat membeli-belah gaya hidup, denfan kemudahan dua laluan LRT berdekatan, termasuk LRT Laluan 2 sedia ada dan LRT Laluan 3 yang akan datang.
Untuk maklumat lanjut dan kemas kini, sila layari https://spsetia.com/en-us/others/setia mad-about-homes atau ikuti akaun Instagram Setia: SP Setia Bhd dan Citizen Setia. – KOSMO! ONLINE
The post Setia Mad About Homes 2025 tawar hadiah rumah RM500,000 appeared first on Kosmo Digital.
PETALING JAYA – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan menampilkan pelbagai ciri mesra alam pada sambungan laluan Transit Aliran Ringan (LRT) Shah Alam yang bakal beroperasi pada September ini.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Mohd. Azharuddin Mat Sah berkata, ia merangkumi pencahayaan diod pemancar cahaya (LED) serta sistem penyaman udara pintar.
“Ciri-ciri tersebut dijangka menjimatkan tenaga sehingga 32 peratus, manakala kawasan penyimpanan tren bakal dilengkapi panel solar.
“Kami sangat teruja memulakan usaha ini dan terus melangkah ke hadapan,” katanya selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Prasarana dan UN Global Compact Network Malaysia & Brunei (UNGCMYB) di sini, hari ini.
Prasarana dan UNGCMYB akan melancarkan Vendor ESG (alam sekitar, sosial dan tadbir urus) Hub pada Ogos, sebuah platform digital khusus bagi menyediakan akses kepada latihan, alatan dan sumber berkaitan kelestarian alam kepada lebih 5,000 vendor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
Azharuddin berkata, pelancaran platform itu mencerminkan peranan Prasarana sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mendukung pembangunan mampan dalam industri pengangkutan awam negara.
“Peranan kami bukan sekadar menggerakkan orang ramai, tetapi juga membina ekosistem perniagaan yang lebih kukuh dengan menyokong pertumbuhan PKS dan menyumbang kepada penyampaian perkhidmatan yang lebih baik untuk rakyat,” ujarnya.
Program latihan menerusi Vendor ESG Hub akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Julai, termasuk bimbingan khusus bagi membolehkan vendor membangunkan laporan kelestarian selaras piawaian ESG antarabangsa. – KOSMO! ONLINE
The post Laluan LRT Shah Alam dilengkapi ciri mesra alam appeared first on Kosmo Digital.
PETALING JAYA – Beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang termasuk Setia Alam dan Shah Alam dilaporkan mengalami gegaran ringan petang ini, mencetuskan tanda tanya dalam kalangan penduduk yang merasainya.
Menerusi hantaran di aplikasi X, pengguna media sosial berkongsi pengalaman masing-masing mendakwa merasai gegaran yang berlaku secara tiba-tiba.
“Setia Alam. Ada rasa gegaran tadi, bergoyang,” kata pengguna @najwayusrii.
“Orang Shah Alam, ada gempa bumi berdekatan ke? Kuat gila bergoyang,” ciap @giarcnibisna pula.
“Kenapa rumah rasa gegar, ada gempa bumi ke?” tulis @jimshamshul dalam satu hantaran lain.
Setakat ini, tiada pengesahan rasmi berhubung punca gegaran tersebut sama ada melibatkan kejadian gempa bumi tempatan mahupun dari luar negara. – KOSMO! ONLINE
The post Gegaran dirasai di Lembah Klang appeared first on Kosmo Digital.