Auto Added by WPeMatico

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki mengalami sesak nafas setelah terlibat dalam kebakaran melibatkan enam buah rumah di Lorong Mewah 3, Bandar Tun Razak, malam tadi.
Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.49 malam.
Ujarnya, seramai 43 anggota bersama empat buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak dengan bantuan BBP Jalan Hang Tuah, BBP Sungai Besi, BBP Cheras, BBP Sri Hartamas dan BBP Taman Tun Dr Ismail dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Menurut Komander Operasi Kanan, Mustafa Kamal Mohd Arih, setibanya di lokasi kejadian, terdapat kebakaran melibatkan enam buah rumah teres berkeluasan 1,400 kaki persegi.
“Kesemua rumah terbakar kira-kira 50 hingga 70 peratus. Terdapat seorang mangsa lelaki berumur 45 tahun mengalami sesak nafas dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM),” katanya dalam kenyataan.
Tambah kenyataan itu, mangsa ditempatkan di zon kuning dan berada dalam keadaan stabil.
“Kebakaran padam sepenuhnya pada jam 12.06 pagi dan punca kebakaran masih dalam siasatan unit forensik kebakaran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
The post Lelaki sesak nafas, enam kediaman terbakar di Bandar Tun Razak appeared first on Kosmo Digital.