Auto Added by WPeMatico
Tengku Hassanal sertai Latihan Pasukan Khas, Kursus Komando TUDM

PETALING JAYA – Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Pembukaan Latihan Pasukan Khas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama Kursus Komando TUDM Siri 32/2025.
Menerusi hantaran Facebook Kesultanan Pahang, Tengku Hassanal turut berkenan menyertai dan menjalani Latihan Pasukan Khas Udara (Paskau) dan Kursus Komando TUDM yang dijangka berlangsung selama tiga bulan bermula semalam dan tamat akhir Oktober 2025 nanti
“Paskau merupakan unit elit di bawah TUDM yang memainkan peranan penting dalam mempertahankan ruang udara negara.
“Pasukan ini ditubuhkan bagi menangani situasi kritikal seperti rampasan pesawat, ancaman ke atas pangkalan udara serta operasi khas berisiko tinggi kepada negara,” menurut hantaran itu hari ini.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengelola Bijaya Diraja Utama Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya, TUDM dan Panglima Rejimen TUDM, Brigadier Jeneral Mohd. Zairul Hisham Muhamad Ibrahim. – KOSMO! ONLINE
The post Tengku Hassanal sertai Latihan Pasukan Khas, Kursus Komando TUDM appeared first on Kosmo Digital.