Auto Added by WPeMatico

PASIR PUTEH – Kematian seorang pekerja pembinaan di kawasan landasan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kampung Permatang Sungkai di sini kelmarin bukan berpunca daripada mangsa terjatuh dari gerabak kereta api.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Zakaria berkata, siasatan awal mendapati, mangsa rebah di lokasi kejadian akibat serangan jantung semasa sedang menjalankan kerja-kerja menarik wayar elektrik di lokasi kejadian.
Menurutnya, justeru, polis menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan lelaki itu terjatuh dari kereta api seperti yang ditularkan di media sosial.
“Kejadian berlaku semasa mangsa bekerja di lokasi kejadian dan tidak melibatkan sebarang kecederaan terhadap mangsa atau kes jenayah.
“Mangsa sebenarnya sakit jantung dan dakwaan jatuh dari kereta api adalah tidak benar. Jadi, maklumat yang disebarkan di media sosial tidak tepat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.
Terdahulu, tular di media sosial video yang menunjukkan seorang lelaki maut di tepi landasan ECRL di Kampung Permatang Sungkai di sini.
Lelaki yang merakamkan video itu mendakwa mangsa maut akibat terjatuh dari kereta api meskipun perkhidmatan ECRL sebenarnya dijangka memulakan operasi pada Januari 2027. – KOSMO! ONLINE
The post [VIDEO] Pekerja pembinaan maut akibat serangan jantung, bukan jatuh kereta api appeared first on Kosmo Digital.