Auto Added by WPeMatico

![]()
BANGKOK – Seorang lelaki maut dipijak seekor gajah di hadapan isterinya di sebuah tapak perkhemahan di taman negara Thailand, lapor akhbar The Sun UK semalam.
Mangsa, Jirathachai Jiraphatboonyathorn, 65, sedang berjalan menikmati cuaca pagi bersama isterinya di Taman Negara Khao Yai apabila dia diserang gajah bernama Phlai Oyewan.
Laporan mengatakan bahawa gajah itu meluru ke arah mangsa, menangkapnya menggunakan belalai, menghempas ke tanah dan memijaknya.
Mangsa dipercayai mati di tempat kajadian ketika orang lain menyaksikan insiden itu.
Ketua taman tersebut, Chaiya Huayhongthong berkata, isteri mangsa dengan segera melaporkan perkara itu kepada renjer hutan, yang kemudian tiba untuk menghalau haiwan tersebut.
Sejurus pasukan kecemasan tiba, mangsa didapati mengalami kecederaan parah termasuk beberapa anggota badannya patah.
Seorang renjer taman memberitahu akhbar Bangkok Post bahawa gajah itu dipercayai telah membunuh dua individu lain, dengan Jirathachai merupakan mangsanya yang ketiga. – AGENSI
The post Gajah mengamuk, serang pengunjung tapak perkhemahan appeared first on Kosmo Digital.