Auto Added by WPeMatico

MELAKA – Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan selepas disyaki terbabit dalam pergaduhan menggunakan senjata di tepi jalan Jasin-Bemban di Jasin dekat sini, semalam.
Penahanan suspek berusia 20 dan 21 tahun itu dibuat pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin di lokasi pergaduhan kira-kira pukul 9.30 pagi hari yang sama.
Menurut sumber, hasil siasatan mendapati kejadian dipercayai berlaku pada waktu puncak kira-kira pukul 9 pagi ketika orang ramai sedang menuju ke tempat kerja.
“Sebelum kejadian terdapat tiga buah kenderaan terbabit dalam kemalangan iaitu kereta jenis Volkswagon Passat, Mitsubishi Triton dan Toyota Vios milik orang awam.
“Selepas pergaduhan berlaku kelima-lima suspek telah melarikan diri dengan menaiki sebuah Proton Exora berwarna perak,” katanya.
Tambahnya, nombor pendaftaran kenderaan itu bagaimanapun gagal dikenal pasti, manakala Mitsubishi Triton yang ditinggalkan di lokasi telah dibawa ke IPD Jasin bagi tujuan rampasan susulan.
“Saringan ujian saringan air kencing kedua-dua suspek yang ditahan didapati negatif dadah. Suspek berusia 20 tahun mempunyai empat rekod jenayah lampau. Polis turut merampas Volkswagon Passat yang mengalami kerosakan pada bahagian depan,” ujarnya.
Sementara itu, Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE
The post Dua lelaki bergaduh tengah jalan ditahan appeared first on Kosmo Digital.