Auto Added by WPeMatico

![]()
SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa untuk makan tengahari bersama kariah Masjid Sri Sendayan dan orang ramai di Restoren Ombong Salai di Bandar Sri Sendayan di sini, hari ini.
Perdana Menteri yang memakai baju Melayu, tiba kira-kira pukul 2.20 petang selepas menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.
Walaupun hujan turun lebat, Anwar masih meluangkan masa kira-kira 20 minit dan beramah mesra dengan pengunjung di restoren berkenaan.
Beliau menjamu sajian masak lemak ikan baung, daging salai, sambal daun tempoyak dan kuih lopang yang disediakan pemilik restoran, Zulkifli Mohd. 53.
“Menteri Besar pun pernah makan di sini, dan apabila Perdana Menteri berkesempatan menjamu selera di sini, secara tidak langsung, kami sangat teruja untuk menyajikan makanan terbaik,” kata ZUlkifli.
Turut hadir mengiringi Anwar, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari.- KOSMO! ONLINE
The post PMX nikmati daging salai, kuih lopang appeared first on Kosmo Digital.
