Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2024 akan dikeluarkan pada Selasa depan.
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan berkata, calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan STAM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi pada tarikh tersebut.
Bagi calon persendirian pula kata KPM, mereka boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan bagi memperoleh keputusan peperiksaan.
“Pihak sekolah hendaklah memastikan pengurusan penyerahan keputusan peperiksaan STAM Tahun 2024 kepada calon dilaksanakan secara cekap dan teratur.
“Calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui secara dalam talian di pautan myresultstam.moe.gov.my untuk
mendapatkan slip keputusan peperiksaan STAM Tahun 2024 mulai pukul 10 pagi pada 20 Mei 2025 (Selasa) sehingga pukul
6 petang pada 26 Mei 2025 (Isnin),”kata kenyataan itu.
Tambah KPM, calon juga boleh menyemak keputusan melalui secara sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STAM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888.
“Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada 20 Mei 2025 (Selasa) sehingga pukul 6 petang pada 26 Mei 2025 (Isnin),”kata KPM.
Untuk rekod, seramai 4,507 orang calon
telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM Tahun 2024 di 132
buah pusat peperiksaan seluruh negara.-KOSMO! ONLINE
The post Keputusan STAM 2024 akan diumumkan Selasa depan appeared first on Kosmo Digital.