Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Seorang suami yang bekerja di seberang tambak untuk menyara keluarga meluahkan perasaan kecewa selepas mengetahui isterinya menjalinkan hubungan sulit dengan kenalan lama dari bangku sekolah yang juga merupakan suami orang.
Menerusi satu kiriman mesej yang tular di X, lelaki terbabit mendedahkan bahawa perbuatan isterinya diketahui semalam.
“Aku cuma nak luah kekecewaan aku yang teramat. Pagi ini (semalam), bini aku kantoi ada skandal dengan laki orang,” tulisnya dalam mesej berkenaan.
Lebih menyedihkan, lelaki itu mendakwa dia bekerja keras di Singapura dengan pendapatan hampir RM10,000 sebulan demi memberi kehidupan selesa buat isteri tercinta.
“Aku dulu dah selesa dah duduk Kuala Lumpur, tapi tiap bulan duit cukup-cukup je. Isteri selalu ajak berjalan. Jadi sebagai jalan untuk memenuhi impian dia, aku usahakan kerja di seberang tambak.
“Namun hari ini, selepas hampir sebulan aku jadi ‘spy’ dalam rumah tangga, maka terungkai segala permainan emosi dan hati aku,” katanya.
Ceritanya lagi, dia ketika ini sudah hilang pertimbangan dengan kejadian tersebut.
“Aku hilang pertimbangan sekarang, mak ayah aku dari Kuala Lumpur dalam perjalanan ke Johor Bahru untuk tenangkan aku. Aku cuma nak cakap, kalau ini cerita rumah tangga aku, minta Allah tunjukkanlah seterusnya.
“Kepada isteri derhaka saya, Nor*** dan pasangan skandalnya, Muhammad *** semoga jahanam kamu berdua dengan kehidupan s*** ini,” ujarnya.
Perkongsian tersebut telah mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya meluahkan simpati terhadap nasib lelaki berkenaan, selain mengecam tindakan curang si isteri.
“Tidak payah teruskan lah bro. Ceraikan dan teruskan kehidupan, lagi pun tiada anak lagi kan. Kau duduk Singapura je la. Tengah masyuk tu,” ujar @TestyReply.
“Ambil masa, bawa bertenang. Kau pergi bercuti sendirian, biar dia melopong,” komen @ShahrulHairi.
“Aku yang baca pun dah rasa menggigil. Orang yang kita sayang curang belakang kita. Kalau aku jatuh terduduk terus. Semoga kau kuat ya,” kata @RedStar.– KOSMO! ONLINE.
The post ‘Pergi jahanam buat isteri derhaka saya dan skandal’ appeared first on Kosmo Digital.