Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Syawal yang indah buat selebriti versatil Alif Satar yang menimang cahaya mata keempat pada Hari Raya kedua.
Tidak memperincikan lanjut, Alif atau nama penuhnya Muhammad Alif Mohd. Satar, 35, memaklumkan isterinya, Shadila Halid selamat melahirkan zuriat mereka pagi tadi.
“Masha-Allah, Tabarakallah.
“Alhamdulillah, Shad (isteri) selamat melahirkan anak kami yang keempat waktu subuh tadi.
“Terima kasih atas doa dan ucapan kalian,” katanya dalam hantaran Instagram.
Dalam hantaran sama, pelantun lagu Sesungguhnya Aku itu turut berkongsi sepotong doa khas untuk bayi yang baru lahir.
“Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon perlindungan untuknya dan zuriatnya daripada syaitan yang direjam,” tulisnya.
Bagaimanapun, Alif tidak berkongsi nama dan jantina cahaya matanya.
Menerusi hantaran tersebut, anak sulung Alif memangku bayi itu dan ditemani dua lagi anaknya.
Untuk info, Alif dan Shadila mendirikan rumah tangga pada 15 September 2014.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Alisha Anugerah, 11, Ariana Mecca, 9, dan Muhammad Ali yang kini berusia tujuh tahun. – KOSMO! ONLINE
The post Alif Satar timang anak keempat 2 Syawal appeared first on Kosmo Digital.
