Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Seorang pemuda menyertai acara Keretapi Sarong 2025 di ibu negara semalam dengan mengenakan pakaian dijahit menggunakan kain selimut sekali gus menarik perhatian orang ramai.
Menerusi video dikongsikan pemuda tersebut pada TikTok Ajuwar, dia memakai baju dan seluar panjang dihasilkan daripada kain selimut berkenaan, manakala beg pula daripada kain batik Sarawak dan samping dipakainya dari Thailand.
Pada ruangan komen, Ajuwar memberitahu pakaian dan beg itu dijahit sendiri oleh rakannya.
“Sebenarnya set baju dengan beg tu kawan saya yang jahitkan. Beg itu pun pertama kali buat,” katanya menjawab pertanyaan seorang pengguna TikTok.
Dalam masa sama, rata-rata menyifatkan kain selimut dijadikan baju dan seluar panjang itu sebagai menggamit memori zaman kanak-kanak apabila sering menggunakannya ketika pulang ke kampung.
Malah orang ramai turut meninggalkan komen bergurau dan mengusik pemuda tersebut.
“Saya tengok video ini sambil berselimutkan selimut yang sama,” komen pengguna TikTok @Azreeen.
“Kain selimut siapa tu?,” kata @Unc Jack Store.
“Tak ada rasa nak tidur ke bang,” komen @Kiera. – KOSMO! ONLINE
The post [VIDEO] ‘Kain selimut siapa tu?’ appeared first on Kosmo Digital.