Auto Added by WPeMatico

JAKARTA – Penduduk sebuah kampung di Lampung Timur, wilayah Lampung digemparkan dengan penemuan sebuah motosikal yang tersangkut di atas tembok sebuah rumah, lapor portal berita Liputan 6 semalam.
Penemuan aneh itu berlaku di Kampung Gedung Wani, Jumaat lalu.
Rakaman video di platform Instagram oleh akaun @inilampungyay menunjukkan orang ramai berkumpul sambil memberikan pendapat tentang bagaimana motosikal itu tersangkut.
Ketua Unit Penyelidikan Jenayah Lampung Timur, AKP Stefanus Reinaldo berkata, motosikal jenis Honda Beat itu dimiliki oleh seorang penduduk tempatan dikenali sebagai S.
“Mangsa mendapati motosikal miliknya yang diletakkan di belakang dapur tiba-tiba hilang. Selepas pencarian, rupanya ia tersangkut di tembok rumah.
“Motosikal itu berjaya diturunkan dengan selamat. Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti pelaku yang meletakkan kenderaan tersebut di situ,” tambah Stefanus. – AGENSI
The post Siapa sangkut motosikal atas tembok? appeared first on Kosmo Digital.