Auto Added by WPeMatico

MUAR – Seorang penganggur dipenjara 12 tahun dan dua sebatan selepas mengaku salah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana memiliki pedang samurai serta positif dadah, hujung bulan lalu.
Hukuman itu dibuat Hakim Sayani Mohd Nor terhadap tertuduh, Muhamad Shukri Rahmad, 31, selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan, lelaki yang mempunyai 13 rekod jenayah lampau itu didakwa memiliki senjata berbahaya di tempat awam iaitu pedang samurai sepanjang 90 sentimeter (sm) tanpa kebenaran sah.
Perbuatan itu dilakukan di sebuah kedai asam pedas di Jalan Sungai Abong, di sini, 3.13 petang, 24 Mei lalu.
Oleh itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Api 1958 yang dia boleh penjara sehingga 10 tahun dan sebatan.
Berdasarkan fakta kes, laporan polis dibuat seorang pengadu lelaki berusia 33 tahun memberitahu dia didatangi tiga lelaki termasuk tertuduh memakai topi keledar dan pelitup muka sambil membawa pedang.
Pada hari kejadian, tertuduh mengacu serta melibas pedang beberapa kali namun pengadu berjaya mengelak.
Siasatan polis mendapati kejadian berpunca apabila tertuduh berdendam dengan pengadu selepas lelaki itu kalah dalam pergaduhan sebelum ini dan mahu mengulanginya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Diyana Najihah Muhamed Fauzi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Di mahkamah sama, tertuduh dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan satu sebatan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan positif dadah jenis amphetamine dan methampethamin.-KOSMO! ONLINE
The post Tak serik buat jenayah, penganggur kena jel 12 tahun appeared first on Kosmo Digital.