Auto Added by WPeMatico

JAKARTA – Pengetua sebuah sekolah pondok di Palopo, wilayah Sulawesi Selatan mengundang perhatian ramai selepas dirakam menampar seorang pelajar hanya kerana dia tidak bersalaman, lapor portal berita Detik.
Kejadian berlaku di Pondok Pesantren Putra Datok Sulaiman selepas solat Subuh.
Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan pengetua terbabit memanggil seorang pelajar lalu menamparnya dengan kuat berulang kali.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Palopo, Inspektor Sahrir berkata, suspek tidak berpuas hati kerana pelajar itu tidak bersalaman dengannya.
“Mangsa membuat laporan di Balai Polis Palopo sekitar pukul 4 petang (waktu tempatan) pada hari sama.
“Selepas selesai solat Subuh, semua pelajar bersalaman dengan suspek, manakala mangsa dikatakan keluar dari masjid tanpa bersalaman tangannya.
“Mangsa telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan. Siasatan sedang dijalankan,” kata Sahrir. – AGENSI
The post Pengetua tampar pelajar sebab tak salam appeared first on Kosmo Digital.