Auto Added by WPeMatico
RCI Tabung Haji: Lebih enam jam bekas CFO beri keterangan

![]()
PETALING JAYA– Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyambung rakaman percakapan seorang bekas ketua pegawai kewangan (CFO) sebuah syarikat milik badan berkanun bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa pembelian saham dua syarikat perladangan bernilai kira-kira RM370 juta.
Rakaman percakapan itu dijalankan di Ibu Pejabat SPRM di sini dan berlangsung lebih enam jam.
Bagaimanapun, hanya bekas CFO hadir, manakala bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) tidak hadir atas faktor kesihatan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, bekas pegawai kanan berkenaan tiba di Ibu Pejabat SPRM kira-kira pukul 10.30 pagi.
“Hari ini merupakan hari kedua rakaman percakapan individu ini diambil selepas dibebaskan semalam.
“Rakaman percakapan terhadap individu ini diteruskan bagi melengkapkan siasatan yang sedang dijalankan berhubung hasil penemuan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji dan selesai kira-kira pukul 5 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, rakaman percakapan terhadap individu berkenaan akan disambung lagi esok bermula pukul 10 pagi. – KOSMO! ONLINE
The post RCI Tabung Haji: Lebih enam jam bekas CFO beri keterangan appeared first on Kosmo Digital.
